Khamis, 2 Julai 2009

Influenza A H1 N1 AttaCK!!

Salam..hari ini 2 Julai 2009 hari khamis malam Juma'at.. blog ini sudah lama tidak diupdate dan hari ini saya baru berkesempatan untuk mengupdatenya.. Seperti yang semua maklum baru-baru ini dunia telah diserang oleh satu wabak berbahaya iaitu Influenza A H1 N1.. Alhamdulillah setakat ini belum ada ahli pemain KJ Eleven yang dijangkiti oleh virus tersebut dan mudah-mudahan akan kekal begitu.. Dan alhamdulillah juga kerana wabak tersebut tidak boleh berjangkit melalui sebiji BOLA kerana jika perkara seumpama ini terjadi maka dikhuatiri permainan bolasepak juga tidak mustahil terpaksa dikuarantin.. Oleh kerana jangkitan wabak ini semakin berleluasa maka Pihak Ahli Jawatankuasa pasukan KJ Eleven telah sepakat untuk menghentikan semua aktiviti yang berkaitan dengan pasukan KJ Eleven sekurang-kurangnya sehingga jangkitan wabak berbahaya tersebut reda sepenuhnya.. Ini adalah kerana pihak Ahli Jawatankuasa tidak mahu bertanggungjawab sekiranya diadakan sebarang friendly nanti maka semua pemain yang berada di atas padang dikhuatiri akan dijangkiti virus tersebut dan kerana pihak Ahli Jawatankuasa tidak ada menyediakan budget untuk kes-kes darurat seperti virus H1 N1 ini.. Maka untuk tujuan langkah berjaga-jaga maka pasukan KJ dengan ini juga memaklumkan kepada mana-mana pasukan yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan KJ supaya akan dapat bersabar.. Di kesempatan ini saya juga ingin menasihatkan kepada semua pemain Kj yang berada di luar sana supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan jangan keluar negeri untuk seketika kerana potensi anda untuk menjadi pembawa virus ini adalah sangat tinggi sekiranya anda berada di luar negeri.. Jauhi dari berada di tempat yang penuh sesak dan jangan sekali-kali mengadakan aktiviti yang tidak bermoral seperti melawat kandang Babi atau melawat saudara mara yang dirawat di hospital Tutong.. kepada pemain KJ yang ingin berhoney moon boleh melakukannya di Brunei saja seperti bermalam di Bukit Shahbandar, Wasai Dadap, Pantai Meragang dan sebagainya yang tidak ramai orang.. akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat berlibur kepada anak-anak sekolahan dan dengan ini saya sertakan sekeping gambar yang menjadi dalang utama kepada kehuru haraan ini.. enjoy his innocent picture.. haha