Ahad, 18 Oktober 2009

Team Pantai ikat Pasukan KJ untuk Seri 2-2







Salam.. Pada 17hb Oktober 2009 jam 8 malam bertempat di Stadium UBD, pasukan KJ telah terikat 2 sama dengan pasukan jiran iaitu Pantai Family.. Oleh kerana saya tidak datang pada malam tersebut maka terlalu sedikitlah pengetahuan saya tentang apa yg berlaku pada malam tersebut, akan tetapi dengan adanya informasi dari sumber-sumber yg boleh dipercayai maka dapatlah saya simpulkan bahawa perlawanan pada malam tersebut adalah sangat hebat dengan pertahanan kedua pasukan saling diserang dan diasak berbalas-balas.. Gol bg pasukan KJ dijaringkan oleh dua pemain lagenda iaitu lantik dan Jool manakala team pantai tidak kurang hebatnya apabila freekick dari pemain veteran Buyut dan rembatan dari Boi berjaya mengikat pasukan KJ sehingga masa tamat.. Setelah tamat perlawanan, saya menerima pesanan SMS dari Ajis dengan komen "perlawanan seri 2-2 atas kesilapan-kesilapan kecil".. Walaubgimanapun syabas kepada pasukan KJ kerana mampu mempamerkan permainan yang baik.. Teruskan usaha dengan bermain patang dengan lebih bagus dan handal.. akhir kata dari saya, tahniah dan selamat maju jaya..